Carian
Apple macOS Sonoma Diumumkan – Menyertakan Sokongan Widget Pada Desktop
June 6, 2023 Aman

Pada acara WWDC 2023, pelbagai kemaskini perisian diumumkan, dan tidak ketinggalan adalah untuk sistem operasi komputer, macOS. macOS versi akan iaitu macOS 14 datang dikenali dengan nama kod “Sonoma”.

macOS 14 hadir dengan sejumlah pembaharuan, termasuk salah satunya adalah sokongan untuk widget. Kini, anda boleh menambah widget pada desktop, sekaligus memudahkan anda mengakses sesuatu maklumat dengan pantas – termasuk berinteraksi dengannya tanpa perlu membuka aplikasi penuh untuknya.

Pengguna juga turut boleh pin akan sesuatu laman web untuk digunakan sebagai aplikasi pada desktop – lebih kurang seperti pada peranti mudah-alih hari ini.

Disamping itu, macOS 14 juga turut menambah mod baharu dinamakan Game Mode, sekaligus mengoptimasikan penggunaan dengan mengurangkan notifikasi serta memfokuskan kepada permainan video.

Apple juga menambah sokongan profil pada Safari, dan menyertakan beberapa ciri khusus dalam panggilan video serta untuk persembahan secara maya.

Kemaskini macOS 14 Sonoma akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Mac, dalam masa beberapa bulan lagi.

Komen