Apple Maps merupakan sokongan peta terbina yang hadir pada peranti Apple seperti iPhone. Menariknya, melalui iOS 17, Apple turut menambah sokongan untuk menggunakan Apple Maps secara luar-talian.
Untuk tujuan berkenaan, para pengguna boleh memilih lokasi di peta, dan memuat-turun data peta berkenaan pada iPhone untuk digunakan secara luar-talian.
Pengguna juga turut boleh memuat-turun data seperti masa operasi, dan sebagainya – termasuk menggunakan Apple Maps untuk navigasi ketika memandu atau berbasikal, atau ketika mendaki bukit menggunakan Apple Maps.
Ciri baharu untuk Apple Maps ini boleh digunakan melalui iOS 17 kelak.