Carian
Gigabyte Memberikan Kemaskini BIOS Bagi Menampal Kerentanan Pada 364 Papan Induk
June 6, 2023 Effi Saharudin

Minggu lalu kami terbitkan laporan kerentanan sekuriti pad 364 papan induk keluaran Gigabyte mendatangkan risiko kepada lebih 7 juta pemilik. Ia berlaku pada tahap BIOS yang membuatkan ia akan sentiasa wujud selagi firmware tidak dikemaskini. Hari ini kemas kini BIOS ini baru diberikan oleh Gigabyte.

Gigabyte

Walaupun kerentanan pintu belakang ini ditemukan, penyelidik tidak menemukan sebarang bukti ia telah dieksploitasi oleh penggodam untuk melakukan serangan. Kepada pemilik komputer dengan papan induk Gigabyte, anda disarankan melakukan kemas kini firmware ini pada kadar segera hari ini. Pada waktu ini tidak diketahui sama ada kerentanan ini dilakukan oleh kakitangan, serangan pada rantaian bekalan atau memang tidak disengajakan.

Komen