Carian
Redmi 12 Bakal Hadir Dengan Rekaan Seumpama iPhone 14 Pro
June 6, 2023 Amy Maizuraa

Pengenalan lebih daripada satu peranti dalam sesebuah penjamanaan sudah menjadi kebiasaan buat jenama Redmi. Terbaharu mereka dikatakan bakal hadir dengan Redmi 12 pula, yang mana kewujudannya juga telah ditemui menerusi laman web rasmi Portugal. Namun begitu, ia kini didapati telah diturunkan semula.

Peranti dilihat mempunyai reka bentuk yang mirip dengan sebuah iPhone 14 Pro. Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi susunan tri-kamera utama pada panel belakang peranti. Namun masih tidak dapat dipastikan sama ada binaan keseluruhan tubuh peranti juga berkotak atau sebaliknya.

Panel hadapan pula menempatkan skrin sejenis rata bersama lubang kecil untuk sokongan kamera swafoto tunggal. Sazi bezel juga tidak seimbang yang menampakkan kewujudan dagu amat tebal pada bahagian bawah. Peranti ini dijangka hadir dalam tiga pilihan warna seperti hitam, putih dan biru.

Untuk spesifikasi, cip MediaTek Helio G88 mungkin digunakan sekaligus menjadikannya sebuah peranti yang menyokong 4G LTE. Skrin LCD 6.8-inci FHD+ 90Hz juga disertakan, di samping turut dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan pengecasan 18W. Peranti juga menyokong kamera 50MP + 8MP + 2MP. Namun persoalan mula timbul mengenai tarikh pelancaran rasmi yang kini masih menjadi misteri.

Komen