RapidKL baru sahaja mengesahkan bahawa sebahagian daripada rangkaian komputer mereka, khususnya di laluan MRT Putrajaya telah diserang perisian tebusan baru-baru ini.
Pengguna Twitter @hanapimana telah bertanyakan kepada pihak RapidKL tentang mengapa rangkaian tambah-nilai Touch’n’Go di sepanjang MRT laluan Putrajaya tidak boleh digunakan, dan mengesahkan bahawa ia adalah isu berkaitan ransomware ataupun perisian tebusan.
Walaupun pihak RapidKL berkata bahawa mereka akan memperbaiki masalah ini secepat mungkin, mereka masih tidak memberikan sebarang masa ataupun tarikh ia akan diselesaikan. Buat masa ini RapidKL menyarankan orang ramai untuk menambah nilai di MRT laluan Kajang ataupun lokasi-lokasi lain.
Dalam pada itu, selain daripada sistem transaksi Touch’n’Go, ia juga tidak diketahui lagi apakah lagi data yang dikunci di sebalik godaman perisian tebusan ini.