Cari @ Amanz

Jika anda rasakan peranti dengan skrin boleh-lipat seperti Samsung Galaxy Z Flip4, Oppo Find N2 Flip, Motorola Razr 40 Ultra dan Vivo X Flip itu tebal anda patut nantikan kehadiran peranti Xiaomi pula. Digital Chat Station mendakwa yang peranti jenis Flip rekaan Xiaomi akan menjadi versi paling ringan dan nipis setakat ini.

Xiaomi sudahpun mempunyai dua peranti dengan skrin boleh-lipat iaitu Mix Fold dan Mix Fold 2 yang mirip Galaxy Z Fold. Di China Oppo dan Vivo sudah hadir dengan pesaing Z Flip jadi kini giliran Xiaomi pula.

Selepas mencuba Huawei Mate X3 iaitu peranti skrin boleh-lipat ternipis pernah tiba di makmal Amanz. Kami agak musykil dan ingin tahu bagaimanakah rupa Xiaomi Mix Flip nanti? Apakah keunikan lain selain daripada ia ringan dan nipis?

Buat masa ini masih tiada butiran mengenai peranti ini. Tetapi cukup menarik untuk melihat semakin banyak jenama hadir dengan peranti format sebegini. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd