Instagram Kini Memaparkan Kemaskini Stories Dengan Saiz Lebih Besar
Aman
Pada bahagian atas aplikasi Instagram, ia sedia menyertakan paparan dalam bentuk bulatan-bulatan – iaitu akses kepada ciri Instagram Stories, sebuah perkongsian kandungan yang hilang dalam tempoh 24 jam.

Melalui kemaskini baharu, Meta dilihat membawakan paparan saiz bulatan yang lebih besar berbanding sebelumnya. Sebelum ini, pada peranti kami sendiri, ia boleh memuatkan sehingga lima bulatan, tetapi pada kemaskini terbaru ini, ia sekadar memuatkan lebih tiga bulatan sahaja.
Dengan langkah ini, Instagram dilihat lebih memfokuskan kepada penggunaan Instagram Stories berbanding perkongsian di latar seperti sebelum ini.
Ia tidak diketahui lagi sama ada perubahan ini akan kekal selamanya, atau ujian terhad sementara waktu sahaja oleh pihak Instagram. Bagi anda, apakah pendapat anda dengan rekaan baharu yang bersaiz besar ini?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.