Cari @ Amanz

Samsung Galaxy F54 5G pula dilancarkan selepas Gaalxy A54 dan Galaxy M54 sebelum ini. F54 dilengkapi skrin 6.7″ 120HZ AMOLED, dijana cip Exynos 1380, memori sebesar 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 6000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 108MP OIS, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Sementara itu di hadapan ia mempunyai kamera swafoto 32MP. Peranti ini juga masih mempunyai slot kad mikro SD sehingga 1TB. Rangkaian 5G turut boleh digunakan oleh F54 sama seperti A54.

Pengimbas cap jari diletakkan pada sisi terbina pada butang kuasa. Speaker adalah dari jenis stereo namun tiada bicu audio 3.5mm. Samsung memberikan sokongan empat versi Android dan lima tahun tampalan sekuriti. Di India Samsung Galaxy F54 dijual pada harga ₹30,000 (~RM1673).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd