Cari @ Amanz

WhatsApp sedia menyokong perkongsian fail sebesar 2GB bagi memudahkan perkongsian gambar yang banyak. Gambar pula boleh dihantar sebagai media bagi mendapatkan kualiti yang lebih tinggi tetapi tiada pula prebiu dalam aplikasi untuk melihatnya sebelum dimuat turun.

Dalam aplikasi WhatsApp versi beta 23.11.0.76 untuk iOS dan versi 2.23.12.13 untuk Android, ujian menghantar gambar pada kualiti HD kini dilakukan. Ciri ini akan muncul apabila gambar bersaiz besar cuba dihantar oleh pengguna. Sebelum menghantar pengguna akan diberikan pilihan Standard quality atau HD quality.

Setiap pilihan mempunyai perbezaan resolusi dengan mod Standard dihadkan ke resolusi 1600 x 1052 pixel sementara dalam mod HD pula pada resolusi 4096 x 2692 pixel. Ciri ini walau bagaimanapun masih tidak menghantar imej pada saiz asal. Imej yang dihantar dalam mod HD turut akan mempunyai label “HD” tertera dalam aplikasi.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah kesan kepada ciri menghantar media berkualiti tinggi dalam tetapan pengurusan data dan storan. Ciri ini masih dalam peringkat ujian tanpa sebarang tarikh bila ia akan diberikan kepada semua pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd