Rangkaian 5G Kini Meliputi 62.1% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia
Aman
Menteri Komunikasi dan Digital kini berkongsi statistik terkini, menyatakan rangkaian 5G kini meliputi sekitar 62.1% kawasan berpenduduk di Malaysia, setakat 31 Mei 2023 lepas. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan 2.6% berbanding bulan April 2023 lepas.
Walaupun mencapai angka yang tinggi ini, kadar penggunaan 5G di Malaysia masih rendah. SKMM sebelum ini menyatakan kadar penggunaan 5G hanya mencapai sekitar 3.1% penggunaan sahaja, atau melibatkan 1.2 juta pengguna.

Beberapa hal masih diperdebatkan orang ramai, termasuk liputan 5G – yang mana walaupun mencapai 62.1% kawasan berpenduduk, tetapi liputan dalam bangunan masih rendah dan tidak begitu stabil.
Kerajaan menyasarkan untuk liputan 5G mencapai 80% kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 kelak, dan tidak diketahui lagi bagaimanakah perancangan kerajaan dalam meningkatkan penggunaan dan liputan dalam bangunan untuk 5G.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.