Cari @ Amanz

Tahun ini menyaksikan kepelbagaian seni yang dijana secara kecerdasan buatan semudah memberikan arahan tanpa memerlukan pengguna melukis atau melakar hasil karya tersebut. Adobe Express merupakan satu aplikasi penyunting imej yang mudah, cepat dan tidak kompleks, berlainan dengan Photoshop dan Illustrator. Dalam kemas kini terbaru, Adobe Express Beta kini turut mempunyai sokongan kecerdasan buatan (AI) Adobe Firefly

Adobe Firefly diperkenalkan pada Mac tahun lalu bertujuan untuk menjana imej, grafik, dan ilustrasi kompleks dengan mudah. Pengguna hanya perlu memberikan arahan dalam bentuk teks, dan hasil janaan karya tersebut turut boleh disunting tidak seperti hasil janaan kecerdasan buatan yang lain.

Dalam kemas kini Adobe Express Beta yang boleh dimuat turun hari ini, pengguna boleh mencuba sendiri fungsi Firefly yang telah diintegrasikan. Seperti contoh jika pengguna inginkan tulisan dengan tekstur belon, ruang janaan imej tersebut boleh digunakan, dan menghasilkan karya tersebut.

Dalam contoh di atas, pengguna juga boleh memanfaatkan janaan Firely dengan hanya memasukkan arahan, dan gambar bersesuaian akan diberikan. Teksturnya juga boleh digunakan bersama-sama dengan objek lain, memudahkan karya dihasilkan.

Selain dari itu, Adobe Express Beta kini turut dilengkapi dengan ciri-ciri lain, termasuklah menghasilkan video dengan animasi mudah, memasukkan lagu yang telah tersedia, dan juga pilihan elemen-elemen grafik yang lebih banyak, baik yang percuma mahupun berbayar. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd