OpenAI merupakan firma disebalik teknologi GPT-5 yang menguasakan perkhidmatan seperti ChatGPT dan juga Bing Chat. Versi terbaru yang ditawarkan adalah GPT-4, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri menarik berbanding model sebelum ini, dan telah diperkenalkan pada Mac tahun ini.
Dengan pengenalan GPT-4, ramai yang telah melakukan spekulasi berkaitan versi seterusnya yang mungkin dibangunkan, dikenali GPT-5. Ia tidak diketahui lagi apakah yang akan dibawakan olehnya, tetapi dijangka akan semakin menghampiri AGI – yang dikatakan mungkin setara manusia.

Apa pun, dengan pelbagai kebimbangan diluar sana berkenaan dengan arena kecerdasan buatan, kini CEO OpenAI, Sam Altman menyatakan masih belum memulakan proses pembangunan GPT-5.
Beliau menambah terdapat pelbagai tugasan lain perlu dilaksanakan sebelum memulakan pembangunan model baharu tersebut. Pada masa yang sama, OpenAI turut sedang membangunkan beberapa idea baharu sebelum memulakan GPT-5.
Menyentuh mengenai kebimbangan ramai juga, Sam Altman menyatakan mereka mengambil masa lebih 6 bulan selepas selesai membangunkan GPT-4 sebelum perkenalkan ia kepada umum.
- Sumber
- TechCrunch