Cari @ Amanz

Sistem operasi Android sedia terkenal dengan memberi kebebasan kepada pengguna pemperibadikan pelbagai aspek antramukanya. Tetapi selepas Apple memperkenalkan ciri yang lebih baik pada iOS, peranti Android mula menawarkan lagi kemampuan memperibadikan peranti yang mendalam.

Terbaru Google telah mengedarkan kemas kini Android 14 beta 3 yang sudah hampir ke fasa stabil. Dalam kemas kini ini ia membawakan ciri memperibadikan skrin kunci seakan pada iOS. Berikut adalah senarai pilihan yang boleh dilakukan pada peranti Android 14 Beta 3;

  1. 9 pilihan muka taip berbeza.
  2. 9 warna atau warna dinamik Material You untuk muka taip.
  3. Mengubah saiz muka taip.
  4. Tambah atau tukar ikon akses pantas;
  5. Akhir sekali menukar gambar latar belakang skrin kunci.

Ciri ini buat masa ini terhad kepada peranti Google Pixel terpilih sahaja. Tetapi apabila Android 14 stabil tiba untuk peranti Android lain, ciri lebih kurang sama biasanya akan ditawarkan oleh pengeluar peranti. OneUI, Oxygen OS, ColorOS dan beberapa yang lain antara yang menggunakan sistem tema Material You.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd