Android TV adalah antara sistem operasi Google yang paling lambat menerima kemas kini perisian. Walaupun Google TV telah diperkenalkan sebagai sistem operasi TV generasi baharu, kebanyakan peranti Android TV masih menggunakan Android 10 dan Android 11.
Pada Disember 2022 Google telah melancarkan Android TV 13 untuk diuji pembangun. Namun baru-baru ini pembangunan Android TV 13 telah dihentikan dan tumpuan diberikan kepada pembangunan Android 14 Beta.

Tiada sebarang senarai log perubahan rasmi diberikan ataupun maklumat mengenai ciri baharu yang bakal diperkenalkan. Pembangun juga terhad untuk menguji Android TV 14 melalui Android Studio sahaja kerana Google masih tidak menyediakan sebarang peranti untuk memasang sistem operasi televisyen baharu ini.
Tetapi menerusi ciapan Mishall Rahman hari ini, beliau mendedahkan akan wujud ciri memaksa mod HDR secara manual sama ada HDR10, HDR10+, HLG atau Dolby Vision. Tetapan mengubah warna turut diberikan dalam skrin ketercapaian. Sistem penggunaan kuasa baharu bersama dengan memperibadikan lain skrin hadapan Android TV 14 juga diperlihatkan.
- Sumber
- 9to5Google