Mark Zuckerberg hari ini berkongsi kemaskini terbaru untuk WhatsApp, iaitu ciri WhatsApp Channels. Melaluinya, ia berfungsi seperti pada Telegram, dimana pelbagai jenama boleh menghantar kemaskini sehala – sementara untuk pengguna pula mereka boleh mengikuti kemaskini daripada komuniti, jenama atau syarikat yang digemari dengan mudah.

WhatsApp Channels ini akan terletak pada tab baharu dinamakan Updates – dimana ia menghimpunkan kemaskini WhatsApp Status, disamping juga dari Channels ini. Mesej yang dikongsikan pada Channels juga akan dihadkan kepada 30 hari terakhir sahaja.

Buat masa ini, WhatsApp Channels hanya ditawarkan terhad di Singapura dan Kolumbia sahaja. Ia dijangka diperluaskan secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.