Cari @ Amanz

ASUS kini mengesahkan bahawa generasi baharu untuk peranti Zenfone mereka bakal diumumkan secara rasmi pada 29 Jun akan datang. Dikenali sebagai ASUS Zenfone 10, maklumat mengenai peranti amat terhad buat masa ini.

ASUS juga sekadar mendedahkan rekabentuk panel hadapan peranti yang dilihat menggunakan skrin rata bersama sebuah lubang kecil untuk kamera di bucu kiri. Ia juga dijangka boleh menjadi sebuah peranti yang kompak memandangkan ASUS turut mengacah mengenainya menerusi kapsyen. Dalam pada itu, kebolehan kamera juga dipertingkatkan dengan kecerdasan buatan serba baharu.

Memandangkan siri Zenfone diklasifikasikan sebagai barisan peranti berkelas mercu, justeru cip terkini Snapdragon 8 Gen 2 mungkin digunakan sebagai tunjang utama. Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua yang dikongsikan, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi yang berbaki lebih kurang 21 hari dari sekarang.

ASUS Zenfone 9

Kita juga boleh menjangkakan lebih banyak kandungan promosi rasmi mengenai peranti akan diterbitkan sementara menunggu pelancaran rasmi. Persoalan juga mula timbul mengenai penawarannya di Malaysia memandangkan Zenfone 9 tidak dibawa masuk.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd