Cari @ Amanz

TikTok terus menambah satu demi satu ciri baharu mereka yang menarik untuk pengguna tempatan. Terbaru, melalui pengamatan kami, ia dilihat ciri TikTok Series turut telah aktif untuk pengguna di Malaysia.

Melalui ciri ini, sesuatu akaun TikTok boleh menawarkan kandungan mereka secara berbayar kepada yang lain. Kandungan yang ditawarkan dalam bentuk sejumlah siri video kursus yang memudahkan pembelajaran oleh pengguna lain.

Beberapa akaun tempatan telah mula menawarkan kursus dibawah TikTok Series ini, membolehkan anda membayar dan mengakses kandungan kursus berkenaan. Ini juga akan menjadi salah satu medium untuk membolehkan penerbit kandungan menjana wang tambahan selain daripada kandungan biasa yang diterbitkan pada platform TikTok.

Adakah dengan langkah ini, kita akan melihat TikTok turut menjadi salah satu destinasi ramai untuk melanggan kursus-kursus menarik dan menambah lagi ilmu dalam diri?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd