Astro Fibre Kini Ditawarkan Di Sabah Pada Harga RM129 Untuk Pakej 50Mbps
Nazrin
Rakyat Sabah yang kini mahukan sambungan internet yang pantas kini boleh memilih untuk melanggan langganan internet Astro Fibre yang kini ditawarkan di negeri tersebut dengan sambungan internet gentian optik sepantas 50Mbps dan juga langganan televisyen satelit Astro.
Pakej Astro Fibre ini dilanjutkan ke 118 ribu unit rumah baru di bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran.

Dan untuk promosi istimewa para penduduk di Sabah, mereka boleh melanggan pakej Astro Fibre WiFi Kencang 50Mbps pada harga RM129.99, yang termasuklah sambungan internet sepantas 50Mbps, penghala WiFi RG21 WiFi6, langganan Astro Primary Pack dan Ulti Box.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan ini, anda boleh layari laman web Astro Fibre.