TikTok Menguji Mod Perkongsian Teks Sahaja
Aman
TikTok yang memulakan perkhidmatan sebagai penyedia platform video, kini memperluaskan penawaran mereka meliputi beberapa variasi kandungan yang lain. Terbaru, TikTok menguji sebuah mod perkongsian baharu, iaitu mod berasaskan teks semata-mata.

Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi dalam bentuk teks sahaja – lebih kurang seperti pada Stories. Lagu akan ditambah secara automatik sebelum dikongsikan, yang mana pengguna turut boleh menyesuaikan lagu yang diinginkan bersama perkongsian teks tersebut.
Beberapa penyesuaian lain seperti warna latar, jenis teks dan sebagainya turut boleh diubah melalui tetapan.
Ciri baharu ini dilihat sedang diuji secara berperingkat. Dengan langkah ini juga, kita mungkin melihat lebih banyak perkongsian teks akan berlaku pada platform TikTok.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.