Apple terus melindungi para pengguna mereka daripada penjejak, sekaligus menawarkan lebih privasi dan perlindungan. Terbaru, melalui iOS 17 dan macOS Sonoma yang diumumkan pada minggu ini, Apple turut menyertakan sebuah ciri privasi menarik, dimana ia akan membuang parameter penjejak dariapda sebarang pautan yang diklik ketika melayari web.
Ciri ini diaktifkan apabila klik pada pautan ketika menggunakan Mail, Messages dan juga Safari dalam mod Private Browsing.
Dengan langkah ini, ia sekaligus mengelak firma-firma pengiklanan menjejak dan mengetahui aktiviti pelayaran pengguna rentas web. Apple sedia memerangi penjejak di web, dan ia dilihat diteruskan melalui versi terkini sistem operasi mereka.
- Sumber
- 9to5Mac