Cari @ Amanz

Boston Dynamics membangunkan robot untuk tapak pembinaan. Tesla pula ingin membangunkan robot untuk bekerja di kilang. Tetapi saintis dari Arizona State University (ASU) telah membangunkan pula robot ANDI yang boleh menggantikan manusia dalam ujian haba yang berbahaya.

ANDI unik kerana ia boleh berpeluh untuk menyejukkan tubuhnya dan menggigil apabila sejuk seperti manusia. Terdapat pelbagai sensor pernafasan dan anggota tubuh ANDI bergerak seperti manusia. Parameter ANDI boleh diubah untuk meniru fisiologi manusia berbeza umur dan juga yang mempunyai penyakit.

ASU membina ANDI untuk melihat impak haba ke atas tubuh manusia. Dengan perubahan iklim kini berlaku, data untuk mengelakkan kematian disebabkan haba perlu dikaji. ANDI boleh menjadi pengganti manusia dalam ujian-ujian yang kini boleh dilakukan dengan selamat. Ini adalah penting kerana bilik ujian haba di ASU boleh mencapai suhu sehingga 60 darjah Celsius.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd