Cari @ Amanz

Microsoft terus menambah ciri menarik pada Bing Chat, dimana kini mereka mengumumkan pengenalan mod suara untuk digunakan bersama Bing Chat pada Edge di desktop. Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna memberikan input berasaskan suara, dan Bing Chat akan turut memberikan respon dalam bentuk suara.

Microsoft menyatakan kini ia menyokong bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, Jerman, dan Mandarin. Sokongan untuk bahasa-bahasa lain dijangka menyusul secara berperingkat.

Untuk menggunakannya, seperti biasa, pengguna hanya perlu tekan pada butang mikrofon, dan bertanyakan soalan melaluinya. Ia berfungsi pada pelayar web Microsoft Edge sahaja buat masa ini.

Langkah pengenalan ini hadir ke Bing Chat, selepas Microsoft menyatakan akan menamatkan sokongan Cortana kelak pada tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd