Elon Musk kini menyatakan, dalam beberapa minggu lagi, Twitter akan mula membayar para penerbit kandungan untuk iklan yang dipaparkan pada bahagian bawah di ruangan balasan Tweet mereka.
Pembayaran ini hanya akan melibatkan pengguna yang disahkan atau melanggan Twitter Blue. Dan hanya iklan yang dipaparkan pada akaun Twitter Blue sahaja akan tertakluk kepada penerimaan bayaran ini.
Dengan langkah ini, ia dijangka lebih banyak kandungan akan dikongsikan di Twitter yang berbentuk komunikasi dua hala, sekaligus meningkatkan lagi perbualan di Tweet, disamping memberi keuntungan kepada para penerbit kandungan.
Sama-sama kita nantikan dalam beberapa minggu lagi bagaimana konsep ini akan berfungsi di Twitter.