Blue dan Astro adalah dua syarikat yang diambil alih oleh Logitech. Selepas diambil alih, produk mereka masih dijual menggunakan jenama asal. Tetapi minggu ini Logitech mengumumkan produk di bawah jenama Blue, Astro dan Logitech for Creator akan dijenamakan semula di bawah Logitech G.
Langkah meletakkan kesemua produk di bawah Logitech G ialah bagi meringkaskan produk dan memudahkan urusan melayan pelanggan. Ini juga bermakna kesemua akaun media sosial Astro dan Blue akan dimatikan dan hanya akaun Logitech G akan dikekalkan.
Produk Blue seperti mikrofon Blue Yeti akan terus ditawarkan begitu juga dengan aksesori premium Astro. Teknologi BLUEVO!CE juga akan terus digunakan seperti pada fon kepala keluaran Logitech. Jadi kepada peminat produk Astro dan Blue, selepas ini jangan terlupa ia kini dijual di bawah nama yang lain.