Wear OS 4 Akan Membolehkan Anda Bertukar Telefon Tanpa Reset Jam Tangan
Aman
Pada hari ini, ketika menggunakan jam tangan pintar berasaskan Wear OS, salah satu kekurangan padanya adalah dimana pengguna perlu reset atau set semula jam tangan pintar mereka apabila memilih untuk menukar telefon pintar mereka. Ini bermakna, anda perlu melalui proses memautkan kembali peranti ke jam tangan pintar, serta menetapkan semula pelbagai perkara.

Namun, Google kini dilihat ingin mengatasi masalah tersebut melalui kemaskini Wear OS 4. Salah satu ciri yang disertakan adalah pengguna boleh menukar ke telefon baharu, tetapi mengekalkan semua tetapan jam tangan pintar – termasuk aplikasi dan tetapan muka jam.
Ciri baharu ini telah mula diintegrasikan pada One UI Watch 5 berasaskan Wear OS 4 oleh Samsung. Kita mungkin melihat integrasi yang lebih kurang sama oleh pelbagai pengeluar lain dalam masa terdekat ini.
[sumber]9to5Google[/sumber]