Carian
Jumlah Pelanggan Netflix Meningkat Selepas Mengharamkan Perkongsian Kata Laluan
June 12, 2023 Effi Saharudin

Dua minggu lalu Netflix mengaktifkan pengharaman perkongsian kata lalu kepada pengguna global termasuk di Malaysia. Di media sosial reaksi kepada polisi baharu ini majoritinya adalah negatif dengan ramai berkata akan membatalkan langganan Netflix mereka. Tetapi menurut laporan daripada Antenna, di Amerika Syarikat jumlah pelanggan meningkat.

Dalam empat hari pertama pengumuman dilakukan, Netflix menerima purata 73,000 pelanggan baharu. Ini adalah 102% lebih tinggi berbanding purata pelanggan baharu untuk 60 hari sebelumnya dan adalah peningkatan tertinggi sejak bermulanya pandemik.

Jumlah pelanggan baharu adalah lebih tinggi berbanding jumlah pembatalan. Data pada waktu ini hanya untuk Amerika Syarikat tetapi kita hanya kan mengetahui sama ada ia adalah keputusan yang baik dalam laporan kewangan untuk Q3 2023 kelak. Yang pasti dalam ujian yang dilakukan di beberapa negara Latin, Kanada, New Zealand, Portugal dan Sepanyol, jumlah pelanggan turut meningkat selepas perkongsian kata laluan diharamkan.

Komen