Cari @ Amanz

Dua bulan lalu Prime Video telah dikemaskini dengan ciri Audio Booster untuk memudahkan dialog perbualan video didengari dengan lebih jelas. Ciri ini amat membantu apabila dialog ditenggelami oleh runut bunyi yang bising. Pada tvOS 17, Apple turut menawarkan Enhance Dialogue dengan ciri yang sama.

Ciri ini akan ditawarkan melalui tetapan Audio Enhancements sebagai tambahan kepada Reduce Loud Sounds. Ciri ini akan disokong pada aplikasi Apple TV.

Cuma untuk menikmati ciri ini pengguna wajib menyambungkan HomePod generasi kedua kepada Apple TV 4K. Buat masa ini ciri ini terhad kepada pengguna beta tvOS 17 dan yang menggunakan perisian beta pada HomePod mereka sahaja.

Ciri menarik lain yang bakal tiba pada Apple TV adalah sokongan VPN yang akhirnya membolehkan pengguna menukar pelayan negara lain untuk mengakses kandungan yang tidak ditawarkan d Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd