Netflix Akan Menyiarkan Acara Sukan Pula Secara Langsung
Effi Saharudin
Netflix membina empayar dengan menawarkan kandungan penstriman dalam bentuk filem dan siri TV. Akhir-akhir ini mereka berjinak-jinak pula dengan kandungan secara langsung menerusi persembahan komedi Chris Rock dan juga episod terakhir siri rancangan realiti Love is Blind.

Menurut laporan Wall Street Journal, Netflix kini bersedia untuk melakukan siaran langsung acara sukan pula. Ia adalah dalam bentuk acara golf yang melibatkan selebriti daripada rancangan Full Swing dan Drive to Survive. Rancangan ini masih di tahap perbincangan pada waktu ini.
Netflix pada awalnya tidak berminat untuk menawarkan rancangan secara langsung tetapi landskap penstriman sudah banyak berubah sejak mereka perlu bersaing dengan Disney+, Max, Paramount+ dan banyak lagi. Di India misalnya, rekod jumlah penstriman paling tinggi dicatatkan bulan lalu oleh JioCinema yang menayangkan perlawanan kriket secara langsung. Apple TV+ juga menawarkan penstriman liga MLS kepada penonton.
[sumber] Wall Street Journal [/sumber]