ASUS Malaysia, salah satu daripada jenama komputer yang terkemuka kini baru sahaja mengumumkan bahawa mereka sedang mengadakan jualan untuk sejumlah komputer riba produktiviti dan juga gaming mereka untuk sebulan ini.

Ini termasuklah komputer-komputer riba seperti ASUS Vivobook 15, ASUS Vivobook Go, ASUS ROG Strix dan juga ASUS TUF Gaming yang dilihat menggunakan cip pemprosesan yang bukanlah serba baru, tetapi cukup berkuasa untuk menggerakkan tugasan harian dan juga untuk permainan-permainan komputer moden sedia ada.


Setiap pembelian komputer-komputer riba ini juga hadir dengan pelbagai hadiah percuma bernilai RM1000, termasuklah kredit untuk Touch’n’Go, Starbucks dan ShopeePay, beg galas ASUS dan juga waranti ASUS Perfect Warranty selama setahun untuk kerosakan yang tidak disengajakan.

Untuk mendapatkan hadiah-hadiah tambahan ini, anda hanya perlu menulis ulasan pendek mengenai produk ASUS yang dibeli di platform media sosial dan tag ASUS Malaysia.
Promosi jualan pertengahan tahun ASUS Malaysia ini hadir melalui semua platform jual-beli ASUS Malaysia di Shopee, Lazada, ASUS Online Store dan kedai-kedai fizikal ASUS Malaysia dan ROG Malaysia.
- Sumber
- ASUS Midyear Sale