Carian
Texas Instruments Labur RM14.6 Bilion Untuk Operasi Di Kuala Lumpur Dan Melaka
June 13, 2023 Effi Saharudin

Texas Instruments akan melakukan pelaburan RM 14.6 bilion bagi mengembangkan operasi mereka di Kuala Lumpur dan Melaka. Ini diumumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi ciapan beliau hari ini.

Pengeluaran Texas Instruments di kedua-dua lokasi ini akan bermula pada tahun 2025. Sebanyak 1300 pekerjaan akan diwujudkan di Kuala Lumpur sementara 500 lagi diwujudkan di Melaka. Syarikat teknologi semikonduktor ini telah bertapak di Malaysia sejak 1972.

Menurut Tengku Zafrul lagi pelaburan baharu ini mencerminkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor global, sambil melengkapkan Dasar Pelaburan Baharu kami dan tumpuan Pelan Induk Perindustrian Baharu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi.

Komen