Carian
YouTube Merendahkan Kriteria Bagi Memudahkan Lagi Penerbit Kandungan Menjana Wang
June 13, 2023 Aman

YouTube kini mengemaskini polisi mereka, sekaligus merendahkan kriteria yang membolehkan penerbit kandungan menjana wang melalui platform tersebut lebih awal berbanding sebelum ini. Melalui kriteria baharu, YouTube Partner Program boleh disertai dengan hanya mempunyai 500 pelanggan (berbanding 1000 pelanggan sebelum ini), dan juga 3000 jam tontonan sah (berbanding 4000 jam tontonan sebelum ini).

Pengguna juga kini diberikan alternatif untuk mencapai 3 juta tontonan YouTube Shorts – berbanding 10 juta tontonan Shorts sebelum ini. Dengan langkah ini, lebih ramai boleh menyertai YouTube Partner Program lagi awal, sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan menggunakan platform tersebut.

Ini sekaligus membolehkan pencipta kandungan dengan bilangan pengikut dan jam tontonan rendah untuk menyertai program menjana wang, dan mula menjana wang melalui platform YouTube.

Untuk fasa pengenalan, perubahan ini telah aktif untuk pengguna di Amerika Syarikat, Korea Selatan, Taiwan, UK dan Kanada.

Komen