Carian
Sokongan Bayaran Tol Dan Pengangkutan Awam Guna Kad Debit Diacah Institusi Kewangan
June 14, 2023 Aman

Kerajaan sedia menyasarkan penggunaan platform pembayaran alternatif untuk tujuan pengangkutan awam dan juga bayaran tol. Selari dengannya, kini “Pay With Debit” mula mengacah kehadiran sokongan bayaran menggunakan kad debit untuk tujuan berkenaan tidak lama lagi.

LRT MyDebit

Pay With Debit” merupakan sebuah platform yang ditubuhkan oleh 21 rakan institusi kewangan di Malaysia dalam mempromosikan penggunaan kad debit. Melalui kempen terbaru di media sosial, mereka memberikan petanda kelak pengguna boleh melakukan bayaran untuk tol dan pengangkutan awam di Malaysia.

Tiada sebarang latar masa diberikan, tetapi ia ditekankan yang mana kelak pengguna tidak lagi hanya perlu terikat dengan hanya satu pilihan sahaja.

Kerajaan sendiri sedia menyasarkan pengenalan sistem bayaran alternatif untuk tol menjelang September kelak.

Dengan perkongsian dan pemasaran baharu oleh “Pay With Debit” ini, adakah kita akan melihat pengenalan ciri bayaran tol dan pengangkutan awam menggunakan kad debit dalam masa terdekat ini – lebih awal dari sasaran?

Komen