Samsung sedia hadir dengan model Galaxy S FE sebelum ini yang menyasarkan para peminat peranti Samsung, pada harga yang lebih mesra saku berbanding dengan penawaran peranti mercu tahunan mereka. Untuk tahun ini, Samsung dikatakan akan memperkenalkan Galaxy S23 FE seawal suku ketiga 2023 ini.
Namun, menurut laporan SamMobile, Samsung dijangka memperkenalkan ia secara terhad di beberapa buah negara, sebelum ia ditawarkan meluas pada suku ke-4 2023, dan pada awal 2024 kelak.

Samsung Galaxy S23 FE dijangka hadir dengan cip Exynos 2200 serta dilengkapi sokongan GPU AMD Xclipse 920 – dan bukannya cip Snapdragon.
Buat masa ini, pihak Samsung sendiri tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kewujudan siri Galaxy S FE baharu ini.