Carian
Google Search Kini Menunjukkan Bagaimana Rupa Baju Dipakai Pelbagai Bentuk Tubuh
June 15, 2023 Effi Saharudin

Membeli belah secara atas talian menjadi lumrah disebabkan oleh pandemik. Kami yakin ada di kalangan pembaca mempunyai kedai atas talian pilihan yang anda tahun apabila dibeli ia sesuai dengan bentuk tubuh. Tetapi ini tidak semestinya berlaku kerana kerap kali jenama berbeza mempunyai potongan pakaian yang berlainan.

Google mengumumkan ciri baharu mencuba baju secara maya terus daripada carian Search. Apabila mencari baju misalnya, terdapat butang “Try On” yang membolehkan anda melihat bagaimana rupa baju apabila dipakai pada pelbagai bentuk tubuh yang berbeza.

Menariknya ialah kesemua model yang digunakan dalam ciri ini adalah manusia sebenar tetapi baju “dipakaikan” pada tubuh menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif. Ia bijak mengagak bagaimana baju melekap pada tubuh bergantung kepada gayanya.

Google berkata ciri ini sudahpun disokong pada kedai atas talian Anthropologie, Everlane, H&M and LOFT. Kerana ciri ini masih lagi baharu, ia juga hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Komen