Kemaskini Razer Blade 14 Diumumkan – Dikuasakan Ryzen 9 7940HS Dan RTX 4000
Nazrin
Komputer riba gaming kelas padat dan berkuasa bukanlah sesuatu yang baru, tetapi hanya sejumlah kecil jenama telah berjaya membangunkan produk yang berkualiti, dan Razer dilihat sebagai salah satu daripadanya.

Syarikat tersebut baru sahaja mengemaskini spesifikasi Razer Blade 14 mereka dengan komponen-komponen terbaru daripada AMD dan juga NVIDIA. Dari segi CPU, komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 9 7940HS yang mempunyai lapan teras fizikal dan 16 bebenang kuasa, dengan pilihan memori DDR5 sehingga 16GB yang boleh dinaiktarafkan sehingga 64GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB.

Dari segi penawaran kad grafik pula, komputer riba ini tampil dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 dan juga NVIDIA GeForce RTX 4070 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan moden pada tetapan, resolusi dan kadar segar semula yang tinggi.
Bercakap mengenai resolusi, Razer Blade 14 dimuatkan dengan paparan skrin 14 inci dengan resolusi QHD+ (2560×1600) yang mempunyai nisbah paparan 16:10 yang lebih tinggi dengan kadar segar semula 240Hz dengan nilai kecerahan 500 nit dan juga kebolehan untuk mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3.

Dengan penggunaan cip pemprosesan AMD terbaru ini, AMD juga mengatakan bahawa Razer Blade 14 ini hadir dengan jangkahayat bateri selama 10 jam dengan pengecasan penuh melalui bateri 68Wh terbina. Ini mungkin adalah untuk penggunaan tugasan biasa seperti melayari laman web dan menonton video, kerana kami menjangkakan bahawa jangkahayat bateri ini adalah lebih rendah apabila digunakan untuk tujuan gaming.

Razer Blade 14 juga hadir dengan ketebalan 17.99mm sahaja dan mempunyai berat 1.84kg yang menjadikannya sebuah komputer riba yang mudah dibawa kemana-mana.
Komputer riba ini hadir dalam pilihan warna Matte Black dan Mercury White, dimana model Mercury White tampil
Pra-tempahan untuk Razer Blade 14 ini sudahpun mula dibuka di beberapa pasaran terpilih pada harga $2,399 untuk model dengan kad grafik GeForce RTX 4060 dan $2,699 untuk model dengan kad grafik GeForce RTX 4070.
[sumber]Razer[/sumber]