Cari @ Amanz

Pokemon sudah berumur hampir tiga dekad tetapi masih terdapat ramai peminat siri anime yang kemudiannya menjadi siri kad permainan dan permainan video yang popular ini. Bagi peminat tegar, Razer menawarkan tiga aksesori PC terkini bertemakan Pokemon di Malaysia.

Razer BlackWidow V3 Tenkeyless – Pokémon Edition ialah papan kekunci dengan suis mekanikal Razer Green Mechanical. Ia turut hadir dengan sistem lampu RGB Razer Chroma. Yang menjadikannya edisi Pokemon ialah watak Pikachu dan Eevee pada papan kekunci anak panah.

Seterusnya ialah Razer Gigantus V2 – XXL – Pokémon Edition yang merupakan pelapik meja yang mempunyai imej pelbagai watak Pokemon popular. Ia diperbuat daripada bahan sulaman mikro pada bahagian atas untuk memudahkan pergerakan tetikus dan busa getah yang memastikan tangan selesa serta ia tidak bergerak di atas permukaan meja

Akhir sekali ialah Razer Gigantus V2 – Medium – Pokémon Edition ialah pelapik meja saiz sederhana juga daripada bahan sulaman mikro serta busa getah. Imej watak Pikachu dan Eevee pula menghiasi bahagian atas pelapik meja ini.

Di Malaysia harga jualan ketiga-tiga aksesori PC Razer Edisi Pokemon ini dijual pada harga seperti di bawah.

  1. Razer BlackWidow V3 Tenkeyless – Pokémon Edition – RM989
  2. Razer Gigantus V2 – XXL – Pokémon Edition – RM 219
  3. Razer Gigantus V2 – Medium – Pokémon Edition – RM149
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd