Google Lens kini mempunyai satu lagi ciri baharu yang berguna kerana boleh mengenalpasti pelbagai kondisi dan penyakit kulit berdasarkan gambar yang diambil. Dengan kebolehan ini pengguna boleh mengenalpasti sama ada tompokan aneh pada kulit adalah serius sehingga perlu pergi bertemu doktor ataupun sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.
Selain pelbagai kondisi kulit, Lens juga boleh mengenalpasti bonggol pada bibir, jalur pada kuku dan juga kehilangan rambut pada kulit kepala. Kemampuan carian visual ini lebih mudah kerana carian menggunakan teks kadang kala tidak tepat kerana pengguna tidak tahu bagaimana ingin menerangkan kondisi kulit dalam carian Google Search. Ciri ini boleh digunakan sekarang selepas aplikasi Lens dikemaskini.