Cari @ Amanz

Apple MacBook Air 15″ mula diterima di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat minggu ini. Maka ulasan awal sudah mula diterbitkan dan menarik sekali satu isu yang berlaku pada MacBook Air M2 muncul sekali lagi pada model terkini komputer riba ini.

Storan 256GB SSD pada MacBook Air 15″ dengan cip M2 didapati juga tidak sepantas pada storan yang lebih besar. Kelajuan membaca dan menulis pada SSD ini adalah 30-50% lebih perlahan berbanding pada storan yang lebih besar. Maka bolehlah diandaikan SSD sama pada MacBook Air M2 13″ dikitar semula. Yang mengecewakan pembeli ialah pada MacBook Air M1 isu ini tidak berlaku.

Maka sebelum anda berniat membeli MacBook Air 15″ sejerus selepas ia ditawarkan di Malaysia kelak, pastikan storan yang lebih besar dipilih untuk menikmati kelajuan lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd