Carian
Yoodo Menamatkan Ujian Percubaan 5G Percuma Pada 4 Julai
June 15, 2023 Amy Maizuraa

Yoodo menerusi kemaskini baharu di laman web rasmi memaklumkan bahawa ujian percubaan percuma 5G akan ditamatkan pada 4 Julai mendatang. Ini bermakna tiada lagi percubaan percuma yang tersedia selepas tarikh berkenaan, sebaliknya pengguna perlu membeli pas langganan khusus bagi menikmatinya.

Pas langganan ini akan tersedia bermula 5 Julai akan datang dengan harga jualan serendah RM5/sebulan untuk masa terhad. Kemudian ia akan dijual pada RM10/bulan seperti biasa selepas tamat promosi yang mana tarikhnya akan diberitahu kelak.

Merujuk laman terma dan syarat, promosi tersedia untuk semua penggun Yoodo sama ada baharu atau sedia ada yang memerlukan peranti 5G untuk mengaksesnya. Sebarang pelanjutan atau pemberhentian pas langganan adalah tertakluk pada budi bicara mutlak Celcom.

Pas 5G ini juga tidak boleh dibeli secara berasingan, sebaliknya pengguna perlu melanggan mana-mana pelan data asas minimum 10GB. Dalam pada itu, pas Rome Like Home juga perlu dilanggan bagi mereka yang mahu menikmatu perkhidmatan perayauan 5G.

Komen