Sebelum ini kami laporkan Toyota menguji kenderaan elektrik (EV) dengan transmisi manual. menerusi jenama mewah mereka Lexus Langkah agak radikal ini dilakukan Toyota selepas menerima input daripada pengguna EV yang mengatakan kenikmatan memandu berkurangan kerana ia sekadar menekan pedal kuasa tanpa penglibatan tangan seperti menggunakan tombol gear manual.
Prototaip telah diuji dan kini Takero Kato yang merupakan presiden bahagian kereta BEV Toyota berkata sistem manual untuk kereta EV akan tiba sekitar 2026. Ia akan dilakukan serentak dengan pengenalan pek bateri baharu mereka. Dengan sistem ini Toyota berharap faktor “wow” dapat diberikan kepada kenderaan mereka berbanding kenderaan EV yang lain.