Photobucket adalah antara perkhidmatan awal yang menawarkan storan gambar atas-talian. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan letusan pelbagai penawaran lebih menarik, ia membuatkan Photobucket mengubah beberapa kaedah penawaran mereka.
Selepas menamatkan sokongan akaun percuma untuk pengehosan gambar di web luar pada 2017 yang lepas, kini Photobucket mengambil langkah untuk menamatkan sepenuhnya akaun percuma pada perkhidmatan mereka.

Bagi pengguna Photobucket sedia ada juga, mereka dikehendaki menaik-taraf akaun untuk mengelak akaun dinyah-aktifkan – sekaligus kehilangan semua gambar pada akaun mereka.
Untuk pengguna Photobucket, anda diminta untuk memuat-turun gambar terlebih dahulu sebelum kehilangan ia sepenuhnya disebabkan penamatan sokongan akaun percuma ini.