Steam Dikemaskini Dengan Antaramuka Dan Ciri Baharu Di Pelbagai Platform
Effi Saharudin
Aplikasi Steam dikemaskini hari ini antaramuka, dan ciri baharu dengan ia memudahkan penggunaannya pada desktop, Steam Deck, Big Picture Mode dan telefon pintar. Rekaan baharu ini sudah diuji dalam peringkat Beta sejak April. Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah menulis nota dengan ia disimpan di awanan. Dengan in nota yang ditulis dalam aplikasi telefon pintar boleh diakses apabila Steam dibuka di desktop.

Pelbagai elemen antaramuka seperti overlay dalam permainan boleh disematkan pada bahagian tertentu skrin dengan permainan di latar belakang. Paparan notifikasi yang diterima juga lebih kemas dengan ia disusun dalam kategori berbeza. Pengurusan tangkapan layar juga lebih baik memudahkan perkongsiannya kemudian.

Pelayar web terbina Steam juga diberikan nafas baharu. Akhir sekali pada platform Mac dan Linux, ciri pemecutan grafik akhirnya disokong untuk melancarkan penggunaan aplikasi pada dua platform ini.
[sumber] Steam [/sumber]