Dua Orang Pengaturcara Megauplod Dijatuhkan Hukuman Penjara
Aman
Dua orang pengaturcara pada perkhidmatan perkongsian fail popular suatu ketika dahulu, iaitu Megaupload, kini dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah New Zealand. Hukuman ini dijatuhkan selepas kedua-duanya mengaku bersalah, dan berjanji akan memberi keterangan terhadap pengasas Megaupload, Kim Dotcom.

Dua pengaturcara berkenaan dikenakan hukuman penjara selama dua tahun 7 bulan dan dua tahun 6 bulan masing-masing.
Sebelum ini, Megaupload didakwa membawa kerugian yang tinggi kepada industri perfileman dan studio rakaman, bernilai jutaan ringgit. Pengasas Megaupload mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Megaupload sebelum ini telah ditutup pada 2012 disebabkan oleh arahan pihak berkuasa, dan sejak daripada itu Kim Dotcom telah turut hadir dengan perkhidmatan storan fail baharu, dinamakan Mega.
[sumber]Reuters[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.