Carian
Intel Menghentikan Penggunaan Jenama “i” Pada Cip Pemprosesan, Menambah Keluarga “Intel Core Ultra”
June 15, 2023 Aman

Intel hari ini mengumumkan kemaskini pada penjenamaan untuk cip pemprosesan yang dikeluarkan mereka. Penjenamaan baharu ini akan berkuatkuasa bermula daripada cip pemprosesan generasi baharu, Meteor Lake.

Dibawah penjenamaan baharu, Intel tidak lagi akan menyertakan penggunaan huruf “i” sebelum angka model cip. Sebagai contoh, sebelum ini, cip pemprosesan dikenali dengan nama Intel Core i3/i5/i7/i9. Tetapi, dengan penjenamaan baharu ini, cip berkenaan hanya akan dikenali dengan nama Intel Core 3/5/7/9 sahaja.

Disamping itu, Intel juga hadir dengan penjenamaan baharu untuk cip berkuasa tinggi, dimana ia akan menyertakan awalan “Ultra” – membuatkan ia akan dikenali dengan nama sebagai contoh, Intel Core Ultra 9.

Intel juga tidak lagi akan menggunakan perkataan “Generations” pada penjenamaan cip pemprosesan mereka, tetapi mengatakan akan menyertakan angka pemprosesan pada penghujung nama cip.

Dengan penjenamaan baharu ini, ia dijangka memudahkan lagi proses pemilihan produk oleh para pengguna kelak.

Komen