Cari @ Amanz

Rekaan Samsung Galaxy Z Fold5 akhirnya tertiris ke arena web menunjukkan perubahan yang kecil berbanding Z Fold4 tahun lalu. Imej tertirs menerusi laman MySmartPrice dalam warna biru cair. Satu-satunya perubahan yang kami sedari ialah skrin yang kini menutup dengan rapat tanpa rongga. Ini menyerupai rekaan peranti skrin boleh-lipat prototaip yang diperlihatkan oleh Samsung beberapa bulan lalu.

Peranti masih mengekalkan sistem tri-kamera di belakang dengan ia disusun secara menegak. Tiada perubahan pada kedudukan kekisi speaker dan port pengecasan. Imej pengolokan ini juga mengesahkan sokongan S Pen akan diteruskan namun masih tiada slot menyimpan secara terbina seperti pada model S Ultra.

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip5 akan dilancarkan pada penghujung Julai ini di Korea Selatan. Turut dipercayai akan dilancarkan di acara Unpacked kelak ialah jam tangan pintar Galaxy Watch6 dengan sistem pengesanan AFib.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd