Bank Al-Rajhi dan The Noor hari ini mengumumkan kerjasama, yang mana akan memperlihatkan Al-Rajhi menjadi bank rasmi untuk aplikasi TheNoor, sekaligus mengintegrasikan paparan dan akses pantas untuk beberapa ciri permohonan perbankan terus pada aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, melalui pautan akses pantas yang disediakan, pengguna TheNoor boleh melakukan permohonan untuk perkhidmatan kewangan seperti pinjaman kewangan peribadi, pinjaman perumahan dan juga memohon pembukaan akaun simpanan.
Al-Rajhi menyatakan ini hanya permulaan, dan mereka turut akan mengintegrasikan sokongan Rize dalam aplikasi TheNoor bergerak ke hadapan – sekaligus membolehkan pengguna menerima pulangan lebih tinggi untuk simpanan kewangan mereka.

Aplikasi TheNoor kini mempunyai seramai 2.8 juta pengguna meliputi 197 buah negara. Pengguna paling tinggi adalah dari Malaysia, dan majoriti pengguna adalah wanita, iaitu sekitar 57% daripada pengguna TheNoor. TheNoor juga baru-baru ini telah turut memperluaskan penawaran ke pasaran Indonesia dan dijangka membuka pejabat di sana pada tahun ini. Aplikasi TheNoor boleh dimuat-turun pada peranti Android dan iOS hari ini.