Instagram Broadcast Channels Kini Dilancarkan Untuk Pengguna Global
Amy Maizuraa
Instagram menerusi satu kenyataan di laman rasmi mengumumkan bahawa fungsi Instagram Broadcast Channels kini tersedia buat pengguna global sejak pengenalannya pada Februari lalu.

Ia amerupakan fungsi yang boleh digunakan untuk menghantar kandungan mesej dengan cepat kepada sekumpulan pengikut. Dalam pada itu, turut menyediakan suatu ruang baharu untuk terus berhubung dengan cara lebih mudah.

Pengguna bukan sahaja boleh berkongsi teks pada satu masa, malahan pelbagai kemaskini dalam bentuk gambar dan video turut boleh dikongsi. Lebih menariknya lagi apabila pencipta turut boleh menggunakan fungsi mesej bersuara untuk berhubung, seterusnya pengikut pula boleh memberi maklum balas terhadap kandungan dikongsi.
Sekiranya terdapat kandungan yang tidak disenangi, pengikut boleh sahaja meninggalkan atau membisu saluran siaran pada bila-bila masa. Dalam pada itu, kawalan pemberitahuan juga diberikan yang membolehkan mereka mengubahnya mengikut kesesuaian.

Sebagai tambahan kepada pelaksanaan proses penambahbaikan ciri ini, beberapa kemaskini baharu turut diperkenalkan seperti pencipta boleh menjemput pencipta lain untuk mengambil bahagian dalam saluran siaran mereka. Pencipta juga boleh mengajukan soalan terbuka bagi tujuan mengumpul maklum balas daripada pengikut.

Turut disertakan adalah tab saluran khusus di dalam peti masuk supaya orang ramai boleh mengakses saluran yang disertai atau mencari saluran baharu dengan mudah. Kemudian pencipta turut sama boleh menetapkan tarikh dan masa tamat tempoh siaran bagi tujuan mempromosi saluran masing-masing.
Sementara itu, fungsi moderator pula membolehkan saluran diurus dengan baik, dalam pada itu siaran juga boleh dikongsi pada stories bagi menarik perhatian lebih ramai pengikut.