Cari @ Amanz

Kemaskini perisian baharu peranti siri Samsung Galaxy S23 telah menawarkan penambahbaikan pada sistem kamera utama. Melaluinya kamera peranti kini menyediakan pilihan zum potret sehingga 2X, selain turut menyelesaikan isu autofokus.

Pengalaman juga lebih baik dengan sokongan HDR dan mod malam yang dipertingkatkan. Di samping turut sama terdapat penambahbaikan yang dilakukan pada elemen animasi UI, haptik dan kestabilan sistem pada peranti.

Saiz muat turun sebesar 2.2GB yang ditawarkan melalui versi perisian S91xBXXU2AWF1. Kemaskini juga dikatakan sedia ditawarkan bagi pengguna di Asia Tenggara termasuk Malaysia sebelum boleh didapati di pelbagai negara lain dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd