Bank Simpanan Nasional kini berkongsi menyatakan bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan BSNSecure, yang mana bertujuan untuk pengesahan transaksi perbankan internet di myBSN. Langkah ini dilihat selari dengan pihak bank yang perlu berpindah daripada penggunaan pengesahan berasaskan SMS kepada pengesahan berasaskan aplikasi.
BSN telah mula mengacah pengenalannya, dimana ia mungkin dilancarkan tidak lama lagi untuk pengguna iPhone, Android dan Huawei.
Dengan langkah ini, BSN dijangka menawarkan kaedah perbankan yang lebih melindungi pengguna berbanding pada hari ini. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi BSNSecure ini tidak lama lagi.