Apple melalui iOS 17 dan juga iPadOS 17 kelak akan menawarkan sebuah ciri khusus yang memastikan memberikan amaran kepada pengguna, apabila menggunakan ia terlalu dekat dengan mata untuk jangka masa yang berterusan. Dengan langkah ini, Apple ingin memastikan pengguna menjaga kesihatan mata dan mengelah mata letih disebabkan memandang skrin dengan dekat.
Secara tidak langsung juga, Apple ingin memupuk gaya sihat dalam memastikan pengguna menjaga jarak skrin dan mata.
Ciri dinamakan Screen Distance ini boleh diaktifkan pada iOS 17, dengan ke halaman Settings > Screen Time > Screen Distance. Ciri ini tersedia pada semua iPhone dan iPad Pro yang menyertakan sokongan Face ID – kerana ia menggunakan teknologi berkenaan dalam memastikan jarak mata pengguna dan skrin.
Buat masa ini, iOS 17 masih pada peringkat beta lagi, dan dijangka ditawarkan kepada semua pengguna sekitar September atau Oktober kelak.